Thursday 26 April 2012

Love is blind?

Love is blind. Yes, indeed. I couldn't agree more. But but, there's a fine line between pengorbanan atas nama cinta dan kebodohan sebab terlalu buta atas nama so-called-love. Haa berbelit tak ayat tu? Buat-buat paham je la ye.



Situasi A:
B dan C couple(or married would be better), duduk berjauhan. Dua-dua kena berjimat duit untuk melawat satu sama lain, sebab duduk jauh kan. Lain lah kalau kau LJ bercinta dengan jiran *tetiba*. Skype, long hours call, 3g, isi borang untuk tukar kerja etc etc tu semua kau dah buat. And this is what we called sacrifices.


Situasi B:
D dan E couple, like there's no tomorrow. Tinggal kawan, tinggal saudara, atas nama cinta. Dasarrr. Bila si kekasih buat salah atau lebih teruk curang, kau buat-buat pejam mata. Konon dia akan berubah, konon dia lah Mr Right. Atas alasan dah lama bercinta, dan orang tu janji nak kahwin dengan kau padahal orang tu nak tumpang senang je. Tapi kau tak nampak sebab kau buta, bukti depan mata pun kau still insist that he/she is the one for you. Ye, ini dinamakan kebodohan. Dan sedihnya, orang tu tak sedar pun yang dia bodoh.








Apa yang membezakan situasi A dan B ialah orang yang terlibat dalam situasi A SEDAR yang dia berhabis duit, berkorban apa sahaja untuk pasangannya atas nama cinta, dan dia tak kisah semua tu. Berbanding dengan situasi B, dia seakan-akan tidak sedar diri atau buat-buat tak nampak pengorbanan yang dia buat tu sebenarnya kebodohan yang nyata. Pathetic but it's true.



Belajar elok-elok dulu dik, kerja bagus-bagus. Masa tu baru kita sedar yang permata yang kita pertahankan selama ni hanyalah kaca semata.



Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Buang emak buang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.


p/s: kemain letak pantun bagai.


Xoxo.

No comments:

Post a Comment